Bagaimana Kredit Swasta Memacu Perkembangan BookXcess di Sunway Square Mall - BlogMs
BookXcess dikenali kerana keunikan mereka dalam pembekalan buku mampu milik dan mewujudkan ruang membaca untuk para pengunjung kedai.
Cawangan terbaru mereka di Sunway Square Mall mempunyai ruang seluas 38,000 kaki persegi yang menempatkan 1 juta lebih naskhah buku adalah bukti nyata kepada visi ini. Sebagai kedai buku 24 jam terbesar di Malaysia, ia bukan sekadar kedai malah satu pencapaian mengalakkan budaya baca di kalangan masyarakat kita.
Namun, di sebalik deretan rak buku yang tersusun indah, terdapat nadi kewangan yang memacu perkembangan ini, iaitu akses kepada pembiayaan perniagaan yang tepat pada masanya.
Bagi menyokong perbukaan cawangan baru di Sunway Square Mall, sebanyak RM5 juta telah berjaya dikumpulkan melalui platform kredit swasta (private credit) Cofundr. Pembiayaan ini membolehkan BookXcess memperoleh inventori, menguruskan komitmen pembekal dan persediaan sebelum pelancaran dilakukan.
Bagi PKS Malaysia yang berkembang pesat, peluang sering datang lebih awal daripada ketersediaan pembiayaan tradisional. Di sinilah kredit swasta memainkan peranannya sebagai penghubung.
Ia membolehkan perniagaan bertindak dengan pantas sementara memberi peluang kepada pelabur untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi demi pertumbuhan sektor peruncitan hinggalah kepada penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan komuniti.
Di Cofundr, struktur pembiayaan kami berdasarkan keperluan sebenar perniagaan. Modal disalurkan dengan disiplin, ketelusan dan tumpuan kepada hasil yang nyata.
Perkembangan BookXcess membuktikan bagaimana pembiayaan alternatif dapat membantu perusahaan beralih daripada perancangan kepada pelaksanaan tanpa terlepas peluang keemasan.

